Foto Pilihan Editor

Personel CIA - Tangerang

Challigraphy Illumination Art

Challigraphy Illumination Art - CIA

Pembuatan Panggung MTQ tingkat Provinsi Banten 2010

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selasa, 31 Mei 2011

Tentang Kaligrafi




KALIGRAFI

Kaligrafi ialah seni tulisan indah. Perkataan kaligrafi berasal dari perkataan yunani"kalios” yang bererti indah dan “graphia’ bererti coretan atau tulisan. Kaligrafi bermaksud tulisan yang indah. Indah dalam erti kata yang lain mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Tulisan kaligrafi sebenarnya hanya khat dan tulisan cina. Khat dalam bahasa arab bermaksud garisan indah. Pengiktirafan ini berdasarkan pada nilai estatik yang terdapat pada kedua-dua kaligrafi ini yang mudah di pelbagaikan bentuknya. Khat yang lebih tinggi nilai keindahannya kerana ia tidak sahaja mudah diubah mengikut kehendak penulis. Tulisannya mempunyai irama.
Seni khat merupakan ilmu yang memperkenalkan huruf-huruf tunggal dan cara-cara merangkaikannya menjadi tulisan yang tersusun dan teratur. Seni ini lahir secara serentak dengan kelahiran islam dan fungsinya ialah mengakui keesaan allah.
Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain ialah keindahannya, ia mudah diubah, disandarkan pada hal yang berkaitan dengan agama dan di gunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

  
PENULISAN AL-QURAN

 Al-quran itu mulia dan indah, sewajarnya ditulis dengan tulisan yang indah dan menarik. Umat Islam perlulah belajar membaca dan menulis agar dapat menulis ayat-ayat al-quran dengan baik dan memudahkan mereka mempelajari dan menghafalnya. Al-Quran dapat dipelihara dengan baik, terjamin keselamatannya, baik bacaan dan indah tulisannya. Ayat-ayat Al-Quran bukan sahaja tulis di atas kertas tetapi juga di permukaan kain, tulang, pelepah tamar, kulit kayu, batu dan keadaannya terpisah-pisah.
 Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Islam semakin berkembang. Orang-orang dari kalangan bukan arab ini banyak melakukan kesalahan dalam membaca Al-Quran. Perkara ini dianggap merbahaya kerana bukan sahaja boleh mengelirukan tetapi mengubah terus maksud ayat-ayat Al-Quran kerana perbezaan harakat dan syakal.
 Penyalinan dan penulisan masyaf Al-Quran dengan satu penyelarasan agar penulisan itu sentiasa berpegang pada Bahasa Quraisy.
 Huruf-huruf kebiasaannya di tulis dengan tinta hitam sedangkan syakal ditulis dengan tinta merah. Tanda-tanda ini wujud dan di gunakan selama pemerintahan Bani Umaiyah sehingga kepada permulaan pemerintahan Abbasiyah, malahan sampai di Andalus (Sepanyol).

 Pada zaman Kerajaan Umaiyah, tulisan Arab semakin luas berkembang. Antara faktor-faktor yang memperluaskan daerah penggunaannya termasuklah perkembangan Agama Islam yang amat cepat dan pesat. Tulisan ini sejenis tulisan yang elastik, fleksibel dan berirama. Mudah untuk di kembangkan kepada berbagai-bagai variasi, setiap huruf mengandungi nilai keindahan, mempunyai gaya estatik yang dapat digubah dengan mudah dan indah.
 


SENI KHAT

 Berdasarkan model tulisan naskh, lahir berbagai-bagai model tulisan hingga mencapai ke angka 20. Model antaranya ialah qalam, jalil, bibaj mudamarat dan banyak lagi .
 Kemudian di satukan menjadi 6 model yang di kenali Al-Qalam Al-Sittah. 2 lagi model berjaya di hasilkan dan menjadi 8 seperti khat kufi, tulus, naskh, farisi riq’-ah, diwani, diwani jali dan raihani.
 Kaligrafi mencapai zaman kegemilangannya pada abad ketiga hijriyah berkat kemunculan seorang tokoh iaitu Ibn Muqlah.

Bentuk Tulisan Hanyalah Dianggap Benar Jika Mempunyai Lima Kriteria Seperti :
 
  • Taufiyah ialah tepat
  • Itmam ialah tuntas
  • Ikmal ialah sempurna
  • Isyba’ ialah padat
  • Irsal ialah lancar
 KHAT KUFI

Khat kufi telah ada sebelum Islam dengan bentuknya yang bersegi atau murabba’. Pada zaman Khalifah Ali Bin Abu Talib, para ahli khat kufi telah menggunakan khat ini secara meluas. Tulisan ini sangat terkenal di Kota Kufan. Di gunakan sebagai hiasan  pada bangunan masjid, kubah dan menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Sekarang banyak dipergunakan untuk hiasan-hiasan pada majalah, surat khabar, buku, poster, sepanduk dan sebagainya.

KHAT NASKH

Bentuknya diperindahkan oleh ahli kaligrafi arab iaitu Al-Wazir Abu Muhammad Bin Muqlah dan saudaranya Abu Abdullah Al-Hassan. Mereka telah mencipta kaedah dan teknik penulisan dengan menetapkan ukuran panjang, lebar dan jarak huruf. Mudah di baca dan jelas. Digunakan untuk menulis buku-buku akademik terutamanya al-quran hadith, tafsir dan fiqh.kadang-kadang dipergunakan untuk hiasan.

KHAT FARISI

Mempunyai gaya tersendiri dengan bentuk hurufnya yang condong sedikit ke kanan. Di gunakan untuk penulisan buku-buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan danakhbar. Khat ini meluas di Parsi, Pakistan dan India, sehingga tulisan urdu lazimnya ditulis dengan khat farisi.

  KHAT RIQ'AH

Khat riq'ah dikenali juga dengan sebutan khat riq'i merupakan tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat. oleh itu khat jenis ini seringkali dipergunakan untuk tujuan surat-menyurat dan digunakan juga oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

 KHAT DIWANI

Khat ini berasal dan berkembang dari tulisan riq’ah menjadi tulisan yang hurufnya berjalin. Kemudian meningkat menjadi Khat Sultaniyah dan Khat Hamayuni. Khat Hamayuni di gunakan untuk penulisan surat rasmi.
Diwani bereti catatan atau antologi karangan. Fungsinya hanya untuk hiasan. Ahli-ahli Khat Diwani yang termasyur ialah Syeikh Hamadullah Al-Amasy, Jalaluddin dan Al-Hafiz Uthman.

  KHAT DIWANI JALI
 Khat Diwani Jali bersifat lebih bervariasi dan dikira rumit penulisannya, tetapi lebih indah dan estatik. Model ini dipenuhi dengan tanda syakal yang sering dugubah dalam bentuk yang indah dan menarik seperti bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya. Mohammad Izzat dari Istanbul, Hisyim Muhammad Al-Baghadi, Syed Ibrahim, Al-Mala Ali berjaya menghasilkan ciptaan yang indah.

  
KHAT RAIHANI

Bentuk Khat Raihani hampir menyerupai khat thulus, hanya huruf-hurufnya agak lebih lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More